sudah berhijrah!

August 20th, 2009

salam sejahtera kepada yang masih ingin berkunjung ke laman ini.

apa yang ingin dikhabarkan adalah berita gembira

kini, badar Hira 2009/2010 telah berhijrah ke laman yang baru sulbahnetwork.blogspot.com

wassalam. harap maaf di atas kesulitan yang berlaku, insya-Allah.

Ekspo Dunia Islam

June 5th, 2009

Penantian anda!

June 5th, 2009

Assalamualaikum w.r.t.

Kami masih menanti artikel daripada warga kami. Insya-Allah, hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik anda semua.

2 cara mudah (pilihan):

1. postkan artikel anda ke emel sulbahnetwork@gmail.com.

2. menjadi ahli kami dengan men ‘register’ dan akan menjadi ‘author’ jika berminat. kemudian boleh lah post..

moga selepas ini mendapat sambutan.

’sampaikanlah walau satu ayat!’

Itulah Anak Muda,Itulah Sebaik Raja

June 5th, 2009

Belia dan Perubahan!

June 5th, 2009

Sesalkan?

Sesalkan?

Kebelakangan ini kita telah dihidangkan dengan pelbagai berita yang kurang enak berkenaan belia terutamanya yang melibatkan belia ‘Islam-Melayu’. Cerita-cerita ini didedahkan oleh media-media tempatan mencerminkan betapa tahap nilai moral belia zaman sekarang amat membimbangkan.

Terbaru ialah pengakuan seorang pelajar perempuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jurusan undang-undang telah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Lebih merunsingkan lagi apabila baru-baru ini, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di Kuantan telah mengaku membuang mayat bayi disebuah rumah sewa akibat daripada dirogol seorang kenalan sehingga mengandung.

Ini hanyalah beberapa kes yang didedahkan kepada pengetahuan umum manakala yang tidak didedahkan pasti lebih menggerunkan kita. Belia selaku pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya sedar akan situasi sekarang dan perlu cepat melakukan perubahan.

Melihat kepada perubahan, perubahan seperti manakah yang diperlukan oleh belia kita? Kerajaan telah melaburkan beribu-ribu ringgit bagi membina modal insan dan merubah belia terutamanya dalam merealisasikan program Latihan Khidmat Negara dan Aktiviti Rakan Muda. Namun masalah belia kita masih belum mampu untuk diselesaikan. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut untuk menyedarkan belia masa kini?

Setelah diteliti maka benarlah bahawa perubahan yang diperlukan belia itu haruslah timbul dari dalam diri belia itu sendiri dan bukannya perubahan luaran sahaja. Belia haruslah tahu untuk apa mereka diciptakan dan ke arah mana hala tuju mereka. Belia juga harus mendekatkan diri mereka dengan Islam sebagai tunjang dalam kehidupan mereka. Dengan itu, belia seperti kita perlulah mengikuti program-program yang dianjurkan,agar iman sentiasa tidak lesu..

Oleh itu marilah sama-sama kita golongan belia melakukan perubahan dalam diri kita dengan melihat kepada sirah dan sejarah pemuda zaman dahulu yang lebih ‘advance’ dan mampu mengubah landscape dunia. Al-Quran turut menyebut beberapa kisah pemuda yang mampu dijadikan contoh sebagai agen perubahan dalam masyarakat:

Pertamanya adalah kisah Ashaabul Kahfi sebagai kelompok pemuda yang beriman kepada Allah SWT dan meninggalkan majoriti kaumnya yang menyimpang dari agama Allah SWT, sehingga Allah SWT menyelamatkan para pemuda tersebut dengan menidurkan mereka selama 309 tahun (Surah Al-Kahfi).

Kisah pemuda Ashaabul Ukhdud dalam al-Qur’an juga menceritakan tentang pemuda yang tetap dalam keimanannya kepada Allah SWT sehingga menyebabkan banyak masyarakatnya yang beriman dan membuat murka penguasa sehingga ratusan orang dibinasakan dengan diceburkan ke dalam parit berisi api yang bergelojak (sabab nuzul QS ). Dan masih banyak lagi contoh-contoh kisah para pemuda lainnya seperti Usamah Bin Zaid yang telah mengepalai pasukan tentera pada zaman Abu Bakar tatkala dia masih berumur sekitar 17 tahun.

Marilah sama-sama kita keluar daripada kemelut masalah belia ini dengan membawa perubahan dengan mengambil iktibar dan contoh daripada tokoh-tokoh pemuda pada masa silam……

daripada -Ibnu Sabil-

al-muntalaq!! (langkahku baru mula!)

June 3rd, 2009

repentance Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pelajar Hira’ yang dikasihi. Salam sejahtera diucapkan kepada semua calon-calon yang bakal menghadapi “peperiksaan sebenar” yang dirahmati ALLAH sekalian. Bercerita berkenan dengan situasi semasa, situasi kita pada hari ini tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan mereka –mereka yang bakal menghadapi tempoh Praktikal atau amali selepas usai silibus pembelajaran.

Situasi hari ini juga ibarat para lepasan mahasiswa kedoktoran yang bakal diuji ilmu dan kefahaman mereka di medan wad-wad hospital. Ibarat para technician yang bakal dihantar ke medan bengkel. Cuti kita selama 2 minggu yang panjang pada kali ini juga umpama satu tempoh peperiksaan dan ujian amali terhadap apa yang telah diperolehi sepanjang berada di bumi tarbiyyah, sama ada mereka yang menuntut dengan bersungguh-sungguh mahupun yang menuntut sambil lewa, semuanya bakal dicampakkan ke medan ini. Beruntunglah mereka yang bersungguh-sungguh dalam mencari mutiara-mutiara di dalam lautan wakaf ini. Inilah satu-satunya kawasan lautan yang penuh dengan mutiara-mutiara mahal lagi unik, kerana susah dalam membinanya. Lumrah alam memang begitu, susah membina sesuatu yang unik dan mahal harganya. Takkan dijumpai lautan seumpamanya di seluruh tanah merdeka ini,malah mungkin di segenap nusantara. Apakah mahalnya? Bentuk bagaimanakah luar biasanya?.. tapi saying, bukan semua perkara boleh difahamkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi perkara yang unik dan kompleks seperti ini. Barangsiapa yang berusaha, dia yang memperolehnya, merasai kemahalannya dan menikmati keunikkannya.

Berbalik kepada tajuk, cuti pada kali ini medan menguji sejauh manakah kefahaman kita dalam mengamalikan ilmu-ilmu yang diperolehi, malah menguji sejauh manakah kita tabah bertahan dalam menghadapi ranjau-ranjau jahilliyyah yang padat sepanjang tempoh perjalanan. Godaan nafsu, futur, tarikan negatif, dan ruang masa kosong yang membahayakan antaranya. Peperiksaan sebenar ini menguji sejauh mana kita mampu beristiqamah dengan amalan-amalan solat jemaah, qiamullail, tilawah al-quran, al-ma’thurat, dan seluruh amal fardhi yang diamalkan di sekolah. Hanya mereka yang memiliki “Himmah ‘aliah” sahaja yang mampu melepasi peperiksaan ini.

Kepada mereka yang risau dirinya boleh dibawa arus gelombang yang kuat di luar sana,lakukanlah dengan inisiatif masing-masing dalam menguatkan jati diri dan iman. Antara lain ialah sentiasa berhubung dengan kawan yang berfaedah, mengagendakan hari-hari sepanjang cuti, atau meletakkan target dan prinsip ke atas diri sendiri. Ini juga termasuk perkara –perkara yang penting.

Semoga cuti atau peperiksaan kali ini tidak meletakkan kita berada di paras bawah dan hina semula selepas bersusah-payah mendaki dan melawan nafsu dalam meletakkan diri pada paras sebaik-baik makhluk di sisi ALLAH S.W.T. Semoga ALLAH mengganjari selayaknya atas usaha yang berat ini, berdoa dan pohonlah kekuatan dari-Nya. Ingatlah , diri kita yang sebenarnya adalah ketika berada keseorangan di suasana yang tidak menggalakkan dan menekan dalam melakukan maksiat terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Bagaimanakah diri kita yang sebenarnya…???!

-Yang terbaik lagi lemah lembut-

Bagaimana ingin Berkongsi FIKRAH anda?

June 2nd, 2009

Berkomgsi Fikrah..?

Berkongsi Fikrah..?

Persoalan yang selalu berkunjung di kepala mereka yang berkeinginan untuk berkongsi fikrah mereka..
“Bagaimana nak kongsi FIKRAH nih…?”

Pertama sekali, sekadar pihak kami ucapkan terima kasih kerana berfikiran demikian kerana anda kini telah berfikir untuk umat ini.
Jadi, kami menjawab persoalan itu dengan dua jawapan mudah;

1. Tidak kira banin atau banan, jika anda mempunyai artikel menarik yang mana sangat-sangat berkeinginan untuk berkongsi dengan semua pengunjung yang mengunjungi web ini. Postkan emel anda ke alamat berikut: sulbahnetwork@gmail.com. Pihak kami akan terus menyiarkan artikel itu secepat yang mungkin, (selepas ditapis). Tetapi anda jangan risau, kami akan cuba yang terbaik untuk berikan yang terbaik. Jadi postkan artikel anda ke emel kami secepat mungkin!

2. Anda perlulah menjadi AHLI dengan mendaftar di bahagian - berminat,”register?’. Apabila anda telah mendaftar, anda mula-mula hanya akan menjadi subcriber dahulu. Dan jika anda betul-betul berminat menjadi salah satu ‘author’ (penulis) web ini, anda hanya perlu memaklumkan kepada admin (sulbahnetwork@gmail.com) dan kami akan menukarkan secara automatik. Kami lakukan ini bagi menyelakkan 1.mereka yang tidak komit 2.hanya mahu sahaja-sahaja 3.elak spyware! dan virus.

Apa yang boleh kami katakan di sini, dua peluang kami bukakan untuk anda semua. Pilihan di tangan anda (the power is in your hand!). Pilihlah yang mana-mana, dua-dua sama sahaja. Pilihan ini khusus bagi mereka yang hendak berkongsi fikrah mereka..

Akhir Kalam, apa yang kami harapkan. Hanyalah satu, buatlah perkara ini hanya kerana ALLAH taala. Kerana itu objektif pertama kami.

Jika masih tidak faham, sila maklumkan. dengan ‘leave comment’, insya-Allah kami akan menjawabnya.. Wassalam.

Silent Killer ..?

June 2nd, 2009

dorisstress2 Berakhirnya peperiksaan ini bermakna kita akan sama-sama menyambut cuti pertengahan tahun JUN. Mungkin ada pelbagai perkara yang sudah kita rancang bersama keluarga tercinta. Bagi pelajar SMIH, kita akan bercuti selama 2 minggu dan bagi pelajar Maahad pula akan bercuti selama 1 minggu.

Seringkali dikatakan cuti ini sangat merbahaya sehingga diistilahkan sebagai ‘SILENT KILLER’ (kerana cuti mampu membunuh diri secara senyap!), namun untuk kali ini, kita sama-sama melihat dari sudut lebih positif dan yang membantu tarbiyah. Kita berada di Hira’ ini sebagai persediaan untuk ke medan jihad yang sebenarnya.

Marilah kita anggapkan cuti kali ini sebagai ‘kursus kenaikan pangkat’ di mana setelah hampir 5 bulan kita melalui tarbiyah di Hira’ dan inilah masanya untuk kita membuktikan hasilnya dengan istiqamah kita di waktu cuti ini.

Dan kami amat yakin, sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh pada masa cuti maka kita akan lihat dia akan jauh ke hadapan apabila tiba sesi tarbiyah yang baru selepas cuti. Apa yang diharapkan agar cuti kali ini, kita istiqamah menjaga amal fardhi kita. Antaranya;

1. Solat jemaah di masjid/surau terutamanya subuh
2. Al-Mathurat Pagi Petang
3. Qiamulail
4. Puasa Sunat (isnin dan khamis)
5. Tolong ibubapa di rumah

Sama-sama kita doakan agar Allah permudahkan segala urusan kita untuk cuti kali ini. Ameen..moga Allah kabulkan permintaan kita, insya-Allah.

Pembunuh KEJAM!

Pembunuh KEJAM!

Bila dakwah dan pengorbanan bersatu!

May 27th, 2009

arab_tradersSalam sejahtera ke atas setiap mereka yang mengikuti hidayah Allah. Moga Allah menambahkan lagi bibit-bibit hidayah ke dalam diri setiap daripada kita. Moga lembayung rahmat Allah sentiasa mamayungi dan melindungi kita, insya-Allah.

Satu persoalan, mengapa kita memerlukan pengetahuan tentang sirah Rasulullah? Mengapa tidak sejarah Sunan Gunung Jati? Mengapa bukan sejarah Hang Tuah? Satu soalan yang patut diketahui jawapannya.

Ada seorang Akh pernah memberitahu, “ Kita mengkaji sirah Rasulullah bukan sekadar kita orang islam, bukan sekadar sirah itu manhaj tetapi baginda telah terlalu banyak berkorban untuk kita.” Terlalu banyak untuk diri ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Bayangkan,saat-saat kemuncak kematian Baginda, dalam fikiran Baginda, tak lain tak bukan hanyalah “ Ummatku, ummatku, ummatku”.. Apatah lagi dalam kehidupan 63 tahun Baginda.

Terlalu banyak untuk digambarkan di sini pengorbanan baginda. Contoh pertama,s emasa peristiwa Hijrah, Rasulullah sanggup meninggalkan rumah dan keluarga Baginda semata-mata memenuhi perintah Allah dan merealisasikan sebuah cita-cita agung. Cita-cita untuk memastikan umatnya menerima agama Islam sebagaimana yang Baginda terima. Sanggup Baginda melepaskan kepentingan diri demi cita-cita murni.

Contoh kedua, semasa perang Badar Al Kubra. Bagaimana 313 muslimin sanggup keluar menghadapi bala tentera musyrikin yang berjumlah 1000 orang. Mengikut logic akal manusia, kalahlah Muslimin kerana bilangan yang jauh berbeza. Namun, Rasululah tetap dengan pendiriannya dan keluar memerangi musyrikin. Baginda berdoa “Ya Allah, jika kami dikalahkan pada hari ini, maka Kau tak akan disembah selama-lamanya di muka bumi ini.” Dari pernyataan ini, satu kesimpulan boleh dibuat, Rasulullah sangat mengambil berat akan ummat akhir zaman dan sangat-sangat menginginkan agar kita dapat merasai kemanisan Islam sebagaimana yang mereka rasai.

Tidak perluah diceritakan lagi betapa banyaknya pengorbanan Baginda kepada kita. Sekarang, timbul satu keraguan dalam diri ini. Adalah kita sudah selayaknya mendapat penghormatan unutuk membalas jasa Baginda? Satu soalan yang patut kita jawab. Bayangkan, jika Rasulullah ditakdirkan dapat ke muka Bumi pada zaman ini, nescaya Baginda akan menangis tanda pilu yang amat… kerana memadangkan segala pengorbannya bagai sia-sia… segala peluh, titis darah, tenaga, masa Baginda hanya berlalu begitu sahaja.

Sedarlah! Kita mempunyai sejarah yang gemilang. Silam yang gemilang, itu menjadi bukti kita boleh berjaya. Namun, dunia senja ini menyaksikan kita umpama gula yang dikelilingi semut-semut yang lapar. Akan tetapi wahai saudaraku, ingatlah! Sejarah PASTI berulang… Cuma WATAK nya sahaja yang berbeza… saudaraku, sematkanlah dalam diri semangat untuk mewarisi perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Kerana kitalah yang akan menggantikan mereka dalam layar dunia ini..!! Takbir!

Life is Package

May 10th, 2009

Salam sejahtera diucapkan. Moga dalam keadaan matang dan luar biasa Islam. Suatu perkara ingin dikongsikan di sini, bila mana baru-baru ini saya memperhatikan satu majlis penyampaian hadiah. Majlis berlangsung dengan meriah sekali, hadiah diberikan kepada setiap pemenang. Tersenyum juga bila saya melihat sahabat baik saya berjaya memenangi satu pertandingan itu, walaupun bukan saya, tetapi sekadar tumpang gembira. Tetapi dalam saya bergembira, saya terfikir suatu perkara. Perkara yang boleh menjadi motivasi untuk diri kita sebagai seorang pelajar. Saya berkata:

“Life is Package!” (Kehidupan ini adalah seperti dalam bungkusan)

Pernahkah kita terfikir? Sebuah bungkusan hadiah yang kita perhatikan setiap pemenang yang mereka dapat itu, mempunyai pelbagai makanan dan minuman. Seperti air gas, keropok, maggi, oreo, dan lain-lain lagi. Setiap satu bungkusan itu telah ditetapkan kuantiti masing-masing untuk setiap pertandingan yang dimenangi itu. Tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, semua sama.

Tanya pada diri kita. Pernahkah kita merasa ‘envy’ atau dengki dengan bungkusan hadiah yang sahabat kita dapat? Kita berkata,

dia dapat air gas tetapi aku dapat air oren sahaja. Dia dapat biskut oreo sedap sedangkan aku dapat biskut yang dah lemau.

Tetapi ada suatu perkara yang kita terlepas pandang. Apabila kita membuka botol air oren, dan minum, kita tersenyum kerana sedap dan manis sedangkan sahabat kita tadi hanya dapat air laici yang mana dia sangkakan mendapat air gas 100plus. Dan apabila kita membuka biskut lemau, setelah habis kita makan. Kita dapati di dalam kotak itu terdapat notis bertulis, anda MENANG 1juta ringgit. Sedangkan sahabat kita tidak dapat seperti yang kita dapat.

Begitu jugalah kehidupan kita yang mana disebut ‘life is package’. Kehidupan kita mempunyai masa 24jam sehari, setiap orang Allah berikan 24jam. Untuk kita makan minum, tidur, bermain dan bersembang.

Kekadang kita merasa ‘envy’ (dengki) dengan sahabat kita. Kita berkata, kenapa dia dapat macam-macam sedangkan kita hanya dapat ini je? Kenapa dia boleh ada bakat bermain bola tetapi aku hanya reti bermain pingpong sahaja? Kenapa dia pandai, sedangkan aku ni bodoh? Kenapa dia berpangkat sarjan, sedangkan aku berpangkat lans koperal sahaja?

Cukuplah kita mengetahui bahawa setiap sesuatu perkara itu mempunyai HIKMAH tersendiri. Ada hikmahnya disebalik sesuatu, mengapa Allah tidak memberikan sesuatu sepertimana yang kita sentiasa harapkan. Seperti kisah diatas, kita dapat 1juta ringgit hanya dengan biskut yang lemau? Pernahkah kita terfikir dan mengharapkan 1juta ringgit?

Janganlah kita berputus asa dan merasa futur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Setiap orang diberikan 24jam, sejauh mana dia menggunakan masa 24jam dengan baik dan sedarlah apa yang tidak disukai itu, ada HIKMAH disebaliknya. Selamat menjalani kehidupan dengan luar biasa ISLAMnya, insya-Allah.

Wallahu ‘alam.